13 Mei 1969

Sering kita mendengar orang berkata bahawa penduduk pelbagai kaum atau bangsa, agama, budaya dan bahasa di Malaysia selama ini dapat hidup "bersatu padu, aman dan damai'' kerana adanya semangat ``tolak ansur''. Siapakah yang bertolak ansur dan siapakah yang tidak bertolak ansur atau yang menjadi mangsa tolak ansur itu - isu ini makin terasa sejak mutakhir ini.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu "formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli.

Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa "hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Sebenarnya, istilah "hak istimewa'' orang Melayu itu tidak sesuai digunakan, kerana istilah ini boleh membayangkan atau boleh disalah tafsirkan oleh orang lain bahawa orang Melayu telah mengisytiharkan dirinya sebagai bangsa yang "istimewa'', sebagai golongan kelas pertama, manakala kaum-kaum lain jatuh ke tahap kelas kedua dan ketiga.

Padahal apa yang dikatakan "hak istimewa'' orang Melayu itu adalah "hak'' yang diwarisi oleh bangsa Melayu dalam sejarahnya sejak ratusan tahun dahulu, sebelum kedatangan bangsa-bangsa lain di rantau Melayu ini. Misalnya, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan Melayu, bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di seluruh rantau yang disebut rantau kepulauan Melayu ini sejak sekurang-kurangnya abad ke-12 lagi. Agama Islam juga adalah agama yang dominan di rantau ini.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA danMIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan imbang 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu 'menyingkir' orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Perarakan di Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Pada jam 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri melayu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya (politik) dan hanya melibatkan orang-orang melayu dan cina di Kuala Lumpur sahaja.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Keselamatan Negara melalui peristiwa 13 Mei
Kisah peristiwa 13 Mei tidak perlu diungkit ungkit disamping tidak juga wajar dilupai kerana ia banyak mengandung kesilapan-kesilapan yang boleh dipelajari untuk dihindari. Pengkajian semula peristiwa ini tidak mungkin dapat menemui satu penyelesaian oleh kerana siapa juga yang menjalankan penyelidikan sudah tentu berpendirian yang tidak berkecuali. Oleh yang demikian mereka akan hanya melihat dari sudut yang menyebelahi sentimen mereka seperti apa yang Kua Kia Soong dapat kumpul dari laporan laporan pihak British yang biasanya berat sebelah.

Peristiwa 13 Mei berlaku oleh kerana berbagai penyebab dari kelemahan dalaman UMNO, Bahagian bahagian memberi analisa kedudukan yang kurang tepat, pebutan kerusi dikalangan Perikatan, parpol parpol (Parti-Parti Politik) yang pro-Komunis atau puak kiri mengambil kesempatan kepincangan dalaman parti-parti dalam Perikatan di samping PKM membuat persediaan untuk memulakan kegiatan bersenjata mereka pada hujung tahun 1968. Pergolakan pergolakan ini adalah diantara beberapa penyebab yang mencetuskan pergadohan ketika suasana perhubungan kaum sedang meruncing. Pokoknya 13 Mei 69 meletup oleh kerana pemimpin parpol semua pihak tidak memperdulikan sentimen dan kelohan rakyat ketika itu sekaligus membiarkan arus provokasi bermaharajalela

Tidak ada faedah yang nyata untuk di ungkit ungkit malapetaka yang berlaku ketika itu melainkan bagi memenuhi strategi atau agenda untuk menggoncang suasana ketenteraman Malaysia mungkin juga bagi kepentingan orang lain.

Ini adalah kerana banyak perkara yang sedang berlaku dilihat atau dirasai mempunyai muslihat demi kepentingan luaran. Melayu tidak bersatu ketika itu dan apakah ada persamaan situasi ketika ini?.

Memang tepat apa yang dinukilkan ini. Tidak mungkin ada mana mana pihak yang boleh membuat analisa tanpa bias keatas peristiwa berdarah ini. Memang semestinya analisa maklumat melalui agensi negara luar seperti Britain bermotifkan agenda tertentu.

Penjelasan para kedua itu memang tepat. Ada pihak mengambil peluang dan mengeksploitasi kelemahan UMNO dan Parti Perikatan. Sentimen dan emosi rakyat sengaja dibiarkan dieksploitasi tanpa batas.

Dewasa ini, timbul phenomena terkini melibatkan anasir anasir sehaluan dengan mereka yang menimbulkan kemarahan dan lantas kekacauan peristiwa berdarah 13 Mei. Keterbukaan keadaan zaman maklumat ini diguna dan eksploitasikan semaksima agar konsep konsep menentang (dengan bertopengkan “perbincangan dan meneliti semula”) perkara perkara yang hak dan asas kepada orang orang Melayu dalam Negara ini seperti penakrifan ‘Bangsa Melayu’, Dasar Ekonomi Baru, Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara (dalam konteks kebebasan beragama) dan kedudukan Raja Raja Melayu sebagai kuasa mutlak soal agama dan adat dan istiadat orang orang Melayu.

Golongan ini mengunakan cara cara ilmiah dan proses undang undang untuk mengkaji, menentang, menafikan dan menghina apa yang dianggap sebagai utama dan sensitif kepada orang orang Melayu, terutama dari konteks kebebasan memilih ugama, hak asasi manusia, nilai nilai sejagat dan asas asas demokrasi serta hak-hak mereka yang konon-kononya dinafikan selama ini.

Usaha terancang dan berstruktur ini diberikan begitu banyak perhatian dan bantuan NGO-NGO dari luar negara, termasuk liputan media dan wang Ringgit.

Usaha dan gerakan ini tidak boleh dilihat tanpa ditafsirkan sebagai “Kurang Ajar” kepada mereka yang sengaja mencari pasal dan bergerak untuk menentukan kestabilan, harmoni, perpaduan dan kesefahaman yang ujud hampir 50 ini terancam, tergugat dan akhirnya, mereka mengangguk di air keruh dan akan menyebabkan kepentingan majoriti terabai dan sebaliknya kepentingan minoriti diutamakan dari semua segi.

Ini perlu dipertahankan. Ini sebenarnya ancaman penjajahan semula dari anasir anasir dalaman yang selama ini kita ambil sebagai ‘rakan kongsi dan mereka yang wajar diberikan hak sama rata’.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak wajar diungkit semula, atas apa alasan sekali. Tiada yang positif yang boleh diperolehi dari penilitian semula insiden itu. Sebaliknya, perlu kita berwaspada dan bersungguh sungguh mempertahankan apa yang ada pada kita hari ini agar ‘tidak terlepas’ atas mainan agenda licik golongan tertentu.

Bara perkauman masih mengancam negara
Sekadar mengikuti laporan akhbar tentang ucapan Tun Musa Hitam ketika menerima ijazah doktor kehormat di Universiti Malaya disebutkan sebagai berkata kira-kira, perbincangan terbuka mengenai isu-isu sensitif tidak bererti keharmonian negara sedang bermasalah.
Tetapi dalam laporan ucapannya itu, banyak pula menyebutkan tentang kebimbangannya terhadap suasana masyarakat yang ada yang jika tidak ditangani sebijak mungkin, nescaya memberikan natijah negatif.
Tajuk berita itu memberikan suatu gambaran seperti tiada apa-apa yang pincang dalam hubungan masyarakat majmuk yang ada itu tetapi amaran-amaram yang diberikan menampakkan satu kebimbangan yang amat mencemaskan.
Apa pun Tun Musa adalah orang terbaik untuk bercakap tentang keharmonian kaum dalam negara ini. Baliau adalah orang yang mengalami sendiri suasana kecelakaan 13 Mei 1969. Kabinet yang ditubuhkan oleh kerajaan Mageran selepas peristiwa berdarah itu memberinya jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau tahu sangat apa yang berlaku dan apa masalahnya.
Selepas terpinggir dari politik yang aktif sementara sekutu rapatnya Dr. Mahathir dipecat dari UMNO, Tun Musa menyambung pengajian di England. Bidang kajiannya ialah hubungan kaum. Ia memberikannya mengerti urusan keharmonian yang menjadi subjek yang sangat menarik selama 50 tahun Malaysia merdeka.
Pemimpin Malaysia amat suka menonjolkan isu keharmonian kaum kepada dunia dan cuba menyuapkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysialah contoh terbaik dalam menangani masalah perkauman.
Dan Malaysia sangat seronok apabila orang luar yang datang ke Malaysia menyebut dan memuji kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Malaysia menangani isu kaum dan perkauman.
Dan pemimpin-pemimpin Malaysia masing-masing menonjolkan diri sebagai orang-orang yang melepaskan diri dari pemikiran dan amalan perkauman. Sebaliknya tidak penat-penat cuba melemparkan pemikiran dan amalan perkauman itu bersarang dalam tubuh badan Lee Kuan Yew yang merajai Republik Singapura.
Lee Kuan Yew
Mungkinlah Singapura itu mengisi kemerdekaannya mengikut amalan perkauman. Tetapi pada hari tua Lee Kuan Yew, masalah kaum di Singapura seperti telah selesai. Semua penduduk Singapura ialah orang Singapura.
Tetapi perkauman itu tidak berapa ada semasa Tanah Melayu belum merdeka. Ia berbenih semasa menuntut kemerdekaan dan benih itu berputik semasa mencapai kemerdekaan. Ia ranum ketika dalam tahun 1969 dengan ledakan kecelakaan 13 Mei itu.
Semua orang berkhutbah dan mendakwahkan keharmonian bagi memadam dan membenamkan ancaman perkauman yang boleh membakar keharmonian. Ubat besarnya ialah pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia projek untuk menyusun masyarakat supaya semua kelompok kehidupan tidak lagi membawa gambaran kaum. Nelayan dan petani bukan lagi Melayu. Buruh dan pekerja ladang bukan lagi India dan dunia perdagang dan bandar tidak lagi Cina. Sasarannya tercapai apabila kemiskinan terhapus dalam tempoh pelaksanan DEB itu.
Akan tetapi DEB itu terus diselubungi bahang berkauman. Tujuh belas tahun selepas tempoh pelaksanaan DEB tamat, api perkauman dari kewujudan DEB itu menyala sedang matlamatnya tidak pernah tercapai malah jauh ikan dari pagang. Kira-kira 38 tahun selepas peristiwa 13 Mei, semuanya lupa akan bahaya perkauman dan sekaliannya bergerak dalam suasana sebelum kecelakaan itu.
Beberapa tahun selepas 13 Mei saya menyertai satu perbincangan semua kaum dan semua pertubuhan tentang perkauman. Orang kerajaan dan pendukung kerajaan cuba meyakinkan bahawa perkauman itu sudah banyak diredakan.
Kerajaan cuba meyakinkan betapa banyaknya kemungkinan peristiwa yang lebih besar dari 13 Mei telah dapat digagalkan. Gagalnya kejadian itu cuba dijadikan hujah suasana sudah baik. Tetapi hujahnya itu adalah bukti perkauman itu bertambah parah.
Kejadian seperti 13 Mei itu tidak tercetus lagi kerana ia dapat dipatahkan. Apabila kemungkinan seperti itu berlaku banyak kali, bererti suasana tidak harmoni. Ia cuma tidak sempat meledak kerana sempat dicegah. Yang dikatakan sudah baik adalah apabila tidak ada sebarang kemungkinan perkara itu berkembang.
Yang menyebabkan kebakaran ialah kerana adanya api. Kalau api tidak ada, tiadalah kemungkin kebakaran. Apa yang berlaku ialah api yang ada hanya terkawal. Jika terkawal, 13 Mei itu pun tidak berlaku. Tragedi 13 Mei berlaku kerana tidak terkawal.
Api tidak dapat dipadam
Selama 50 tahun merdeka, api dapat dikawal, tetapi masing-masing tidak berupaya memadamkan api itu. Api itu tidak dapat dipadamkan kerana kerajaan selama 50 tahun merdeka ini tidak pernah jatuh ke tangan yang tegas. Kesemuanya terdiri dari orang yang tidak tegas.
Ketidak-tegasan itu menyebabkan tiada sebarang dasar yang tegas diwujudkan. Dasar pendidikan tidak tegas. Tiada yang dapat menuju kepada perpaduan. Dasar bahasa tidak tegas. Semua menuju kepada penggunaan multi-lingualisme?.
Dasar kebudayaan tidak tegas sehingga menjadi budaya cacamerba. Dasar agama tidak tegas hingga agama Islam yang dikatakan agama Persekutuan tiada apa-apa kelebihan dari agama-agama lain. Kesemuanya sudah menjadi agama Persekutuan hingga agama Islam sudah dilayan seperti agama-agama lain juga.
Dasar ekonomi juga tidak tegas. Ia seperti sangat pro bumiputera hingga bukan bumiputera merasakan tidak tempat untuk mereka. Tetapi dalam agihan ekonomi yang mengalir kepada bumiputera adalah terhad. Yang sepatutnya mengalir kepda bumiputera mengalir ke tempat lain juga.
Api perkauman itu tidak dapat dipadamkan. Singapura telah menyelesaikan masalah perkaumannya. Tetapi perkembangan di Singapura itu adalah serambi yang memarakkan perkauman di Malaysia.
Singapura mengamalkan berbagai-bagai bahasa, tetapi yang benar-benar terpakai ialah Inggeris dan Mandarin. Apa yang berkembang di Singapura itu, itulah yang ditiru untuk dikembangkan di Malaysia.
Islam membangun umatnya. Umat Islam Malaysia ikut membangun. Tetapi kebangkitan tidak dapat diterima oleh semua. Ia dicurigai seperti Bush mencurigainya. Sesungguhnya keharmonian itu sangat terancam. Bilakah akan datang satu pimpinan yang tegas untuk menanganinya?.
Pihak Anti DEB mahu menghapus 13 Mei sebagai Justifikasi DEB
Kita telah mendengar usaha satu badan research ASLI cuba menukar statistic equity pegangan orang Melayu bagi menjadikan DEB tidak relevant. Itu adalah serangan pertama dan gagal. Sekarang terdapat serangan kedua keatas DEB yang menjadi tunjang pembangunan orang Melayu selepas ketinggalan dalam perlumbaan ekonomi. Ianya dalam bentuk memutarbelit fakta sejarah.

Peristiwa 13 mei di katakan akibat agenda peribadi. Apabila 13 Mei bukan tercetus akibat tidak puas hati orang Melayu terhadap pegangan equity orang asing maka keseluruhan sebab itu melaksanakan DEB tersungkur. Usaha ini cerdik tetapi jahat dan penuh konspirasi.

DEB sudah menjadi kebencian yang memuncak kepada mereka yang tidak suka melihat orang Melayu dapat menguasai kehidupan ekonomi mereka. Sebabnya senang saja. Apabila orang melayu berjaya berdikari dalam ekonomi maka bangsa lain terpaksa bersaing dua kali ganda untuk bersaing dengan orang Melayu. Puak anti DEB menggunakan berbagai cara bagi menghancurkan DEB sama sekali.Banyak cara telah dan akan digunakan oleh kumpulan anti DEB untuk mengagalkan dan menhapuskan DEB. Kerajaan malaysia telah menetapkan satu percentage equity sebagai matlamat pencapaian yang boleh di ukur. 30 peratus adalah target DEB untuk orang melayu . Bagi mereka yang mahu memonopoli ekonomi Malaysia, satu peratus pun menjadi ancaman bagi mereka yang penuh dengan sikap KIASU .Apabila Maybank ingin menolong firma guaman orang melayu, mereka melaung sekuat kuat protest, menuduh diskriminasi dan rascist. GLC pun tidak disenangi malah semua perkara yang akan menaikan taraf ekonomi dan politik orang Melayu di anggap sebagai ancaman bagi puak ini.

Yang celakanya ada orang melayu yang sudah merasa hebat , turut melaung slogan yang sama. Ya, mungkin Melayu ini sudah oleh bersaing di sebarang pasaran dunia akibat harta korupsi nenek moyang mereka tetapi kita memikirkan majoriti orang Melayu yang masih terhimpit dalam cengkaman kemiskinan dan diskriminasi ekonomi oleh pihak asing. Sekarang setelah gagal usaha menggunakan statistic equity orang Melayu untuk memberi hujah DEB telah tercapai dan patut di bubar, mereka menggunakan fakta sejarah pula untuk menghapuskan DEB. Semua telah bersetuju bahawa DEB perlu untuk memberi economic equality atau kesaksamaan ekonomi kepada berbagai kaum termasuk orang melayu dan yang berlakunya kaum cina menguasai hampir 70 peratus equity economy Malaysia. Mengikut falsafah DEB , menolong golongan yang lemah untuk mencapai equity yang di tetapkan (30 peratus bagi melayu) akan mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum saperti 13 Mei yang mengorbankan nyawa dan harta.Sekarang pihak anti DEB tidak berani mempersoalkan tentang DEB tetapi sebaliknya mereka mempersoalan punca tercetusnya DEB. Target mereka sekarang ialah menyerang fakta sejarah 13 Mei. Apabila gugurnya fakta sejarah 13 Mei maka terhapus lah sebab perlunya DEB. Sekarang cara puak anti DEB menghapuskan fakta 13 Mei ialah dengan mentafsirkan peristiwa 13 Mei mengikut agenda mereka - 12 Mei ditafsir sebagai krisis peribadi bukannya krisis ekonomi akibat tidak puas hati satu kaum terhadap kaum yang lain selepas merdeka. Apabila peristiwa 13 Mei di baca sebagai hanya krisis biasa maka DEB tidak ada sebab di teruskan kerana tidak ada bukti sejarah yang menyokong bahawa tanpa DEB keselamatan Malaysia akan terancam. Itulah usaha tanpa henti mereka yang ingin melemahkan ummat islam di Malaysia.

0 comments: