Agenda jahat terhadap Islam

Tidak ada akhbar tempatan yang terus memain dan mensensasikan isu ini selain The Star. Di muka hadapannya hari ini dipaparkan gambar berikut meliputi satu pertiga ruangannya dengan tajuk: Turban legends on the road

Sejak penguatkuasaan penggunaan topi keledar ke atas penunggang dan pembonceng motorsikal dikuatkuasakan puluhan tahun dahulu, sehingga kini ia tidak pernah menjadi isu. Semua diwajibkan menggunakan topi keledar, namun ada beberapa segmen yang diberikan pengecualian termasuklah penganut Sikh yang mengamalkan pemakian serban mereka dan umat Islam yang "haji" atau "lebai".Kes ini kini menjadi perhatian apabila seorang anggota polis trafik menyaman seorang murid sekolah pondok di Pasir Tumbuh Kelantan kerana tidak memakai topi keledar dan sebaliknya mengenakan serban. Anggota trafik berkenaan membuat kesimpulan bahawa Ahmad Nasir Darus tidak termasuk dalam segmen yang diberikan pengecualian itu. Ahmad Nasir kini mencabar saman itu dan kes ini sedang didengar di Mahkamah Majistret Kota Bharu (yang kebetulan Majistretnya adalah Puteri kepada Sultan Kelantan).

Sementara itu Ketua Polis Kelantan mengeluarkan arahan agar anggotanya tidak lagi mengeluarkan saman terhadap kes yang sama sementara menunggu penjelasan ebenar darihal pengecualian ini dari Bukit Aman. Saya hairan kenapa The Star terus mensensasikan kes ini, lalu apabila mengunjungi blog Ketua Pengarangnya, Wong Chun Wai barulah terserlah agenda pihak berkenaan. Wong menulis dalam posting diblognya:

The question here is that Sikhs wear the turbans for religious reasons. For Muslims, is it a religious obligation to wear serbans? Or merely tried to look pious and look Arab?
(Solanya di sini, kaum Sikh mengenakan serban atas alasan agama. Untuk umat Islam, adakah ianya tuntutan agama untuk berserban? Atau adakah semata-mata kerana mahu dilihat alim atau dilihat bagaikan Arab?)

Untuk makluman Wong ini bukanlah seorang yang tidak faham atau kenal akan kepercayaan dan amalan umat Islam kerana beliau adalah lulusan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pasti semasa menuntut beliau terdedah dengan amalan para pelajar Islam di sana, tetapi mengapa beliau seolah mempertikaikan amalan berserban ini?

Semua umat Islam yang beramal dan berilmu tahu akan tujuan berserban ini, saya bimbang apa yang cuba dibangkitkan oleh Wong ini nanti dikongsi pula oleh mereka yang lain termasuklah yang jahil dikalangan umat Islam. Dengan mengawal akhbar yang paling luas edarannya di Malaysia, Wong memiliki ruang untuk mempengaruhi dan memberi gambaran negatif dan jahat seumpama ini, lalu apa yang harus kita lakukan?

0 comments: