Showing posts with label Mahabbah. Show all posts
Showing posts with label Mahabbah. Show all posts

Tips rumahtangga bahagia

0 comments

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas,begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diuji akan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Kurma Madinah

0 comments

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik. Panen korma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat minim, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat.

Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.ahum. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi istri para sahabat r.huma. pun tidak luput dari hasutan mereka.

Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Istri-istri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, panen mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.

Gurau dan canda Rasulallah

0 comments

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Jenis-jenis Cinta

0 comments

Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk mendapatkan tujuan seterusnya.

  • Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau perbuatan terlanjur.
  • Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang diterima atau diundang.
  • Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk bersebelahan.
  • Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.
  • Cinta belas ialah perkara yang dilakukan kerana kasihan kepada seseorang.
  • Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati atau kecewa.
  • Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar memeburu mangsa.
  • Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah gemuruh.
  • Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera seperti tampar, pukul dan maki.
  • Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila ada sedikit halangan.
  • Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalananan menuju Gemas.
  • Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan walaupun ucapan terima kasih.
  • Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya bila ada kesesakan jalan raya.
  • Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada pertengkaran dan perselisihan.
  • Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya dilakukan oleh kawan sendiri.
  • Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam kelas yang sama.
  • Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa yang mengacau akan jatuh sakit.
  • Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan tulisan.
  • Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandang sahaja hati sudah terpikat.
  • Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja menjadi lemas.
  • Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba hilang begitu sahaja.
  • Cinta libas ialah perkara yang diamalkan oleh kasanova umpama buaya tidak kenal mangsa.
  • Cinta likas ialah perkara yang berputik semasa melawat Likas.
  • Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai pilihan yang amat luas.
  • Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak sungguh bercinta.
  • Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.
  • Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa biasanya melibatkan orang ternama.
  • Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama perasaan bergelora.
  • Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan utama.
  • Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan perang mulut yang hebat.
  • Cinta peras ialah ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa dengan pasangan mereka.
  • Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan kegatalan melanda.
  • Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang kurang serasi bila duduk bersama.
  • Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui sistem pesanan ringkas.
  • Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka meluahkan perasaan dalam tandas.
  • Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan rintangan yang mendatang.
  • Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu terhadap kejujuran pasangannya.
  • This is funny but may be true

    1 comments

    Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

    Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

    Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula
    dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

    Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

    Jadik, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

    Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

    Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

    Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta

    I Love You in 100 Languages

    0 comments

    English - I love you

    Afrikaans - Ek het jou lief
    Albanian - Te dua
    Arabic - Ana behibak (to male)
    Arabic - Ana behibek (to female)
    Armenian - Yes kez sirumen
    Bambara - M'bi fe
    Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
    Belarusian - Ya tabe kahayu
    Bisaya - Nahigugma ako kanimo
    Bulgarian - Obicham te
    Cambodian - Soro lahn nhee ah
    Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
    Catalan - T'estimo
    Cheyenne - Ne mohotatse
    Chichewa - Ndimakukonda
    Corsican - Ti tengu caru (to male)
    Creol - Mi aime jou
    Croatian - Volim te
    Czech - Miluji te
    Danish - Jeg Elsker Dig
    Dutch - Ik hou van jou
    Esperanto - Mi amas vin
    Estonian - Ma armastan sind
    Ethiopian - Afgreki'
    Faroese - Eg elski teg
    Farsi - Doset daram
    Filipino - Mahal kita
    Finnish - Mina rakastan sinua
    French - Je t'aime, Je t'adore
    Gaelic - Ta gra agam ort
    Georgian - Mikvarhar
    German - Ich liebe dich
    Greek - S'agapo
    Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
    Hiligaynon - Palangga ko ikaw
    Hawaiian - Aloha wau ia oi
    Hebrew - Ani ohev otah (to female)
    Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
    Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
    Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
    Hmong - Kuv hlub koj
    Hopi - Nu' umi unangwa'ta
    Hungarian - Szeretlek
    Icelandic - Eg elska tig
    Ilonggo - Palangga ko ikaw
    Indonesian - Saya cinta padamu
    Inuit - Negligevapse
    Irish - Taim i' ngra leat
    Italian - Ti amo
    Japanese - Aishiteru
    Kannada - Naanu ninna preetisuttene
    Kapampangan - Kaluguran daka
    Kiswahili - Nakupenda
    Konkani - Tu magel moga cho
    Korean - Sarang Heyo
    Latin - Te amo
    Latvian - Es tevi miilu
    Lebanese - Bahibak
    Lithuanian - Tave myliu
    Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
    Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
    Mandarin Chinese - Wo ai ni
    Marathi - Me tula prem karto
    Mohawk - Kanbhik
    Moroccan - Ana moajaba bik
    Nahuatl - Ni mits neki
    Navaho - Ayor anosh'ni
    Norwegian - Jeg Elsker Deg
    Pandacan - Syota na kita!!
    Pangasinan - Inaru Taka
    Papiamento - Mi ta stimabo
    Persian - Doo-set daaram
    Pig Latin - Iay ovlay ouyay
    Polish - Kocham Ciebie
    Portuguese - Eu te amo
    Romanian - Te ubesk
    Russian - Ya tebya liubliu
    Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
    Serbian - Volim te
    Setswana - Ke a go rata
    Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
    Sioux - Techihhila
    Slovak - Lu`bim ta
    Slovenian - Ljubim te
    Spanish - Te quiero / Te amo
    Swahili - Ninapenda wewe
    Swedish - Jag alskar dig
    Swiss-German - Ich lieb Di
    Tagalog - Mahal kita
    Taiwanese - Wa ga ei li
    Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
    Tamil - Nan unnai kathalikaraen
    Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
    Thai - Chan rak khun (to male)
    Thai - Phom rak khun (to female)
    Turkish - Seni Seviyorum
    Ukrainian - Ya tebe kahayu
    Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
    Vietnamese - Anh ye'u em (to female)
    Vietnamese - Em ye'u anh (to male)
    Welsh - Rwy'n dy garu
    Yiddish - Ikh hob dikh
    Yoruba - Mo ni fe

    Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

    0 comments

    Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

    Sejarah Penubuhan

    Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

    Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

    Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

    PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

    Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

    Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

    Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

    Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

    Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

    Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

    Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

    PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

    Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

    MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

    Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

    Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

    Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

    Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

    Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

    Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

    Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:

    1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
    2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
    3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
    4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
    5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
    6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
    7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

    Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

    Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

    Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

    1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
    2. Persatuan ulama dari Kedah.
    3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
    4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
    5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
    6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
    7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
    8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

    Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.

    Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

    PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

    KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

    KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

    KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

    Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

    1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
    2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
    3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
    4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
    5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
    6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
    7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

    Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:

    1. Tuan Haji Yahya Joned
    2. Tuan Haji Uthman Talib
    3. Tuan Haji Mohammad Nor
    4. Tuan Haji Zabidi Ali
    5. Tuan Haji Abdul Wahab
    6. Tuan Haji Assaiya
    7. Muhammad Mahzub
    8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

    Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

    Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

    Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

    Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

    Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

    Presiden

    Nama Tempoh perkhidmatan
    Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953
    Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956
    Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969
    Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA) 1965 - 1966
    Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982
    Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989
    Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002
    Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini

    Senarai Kepimpinan Tertinggi PAS



    Nama Jawatan
    Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
    Presiden Dato' Seri Abdul Hadi Awang
    Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa
    Naib Presiden I Dato' Hj Husam Musa
    Naib Presiden II Hj Mohammad Sabu
    Naib Presiden III Ustaz Ahmad Awang
    Ketua Dewan Ulama' Ustaz Dato' Mohamed Daud Iraqi
    Ketua Dewan Pemuda Salahuddin Ayub
    Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Salleh
    Setiusaha Agung Dato' Haji Kamaruddin Jaafar
    Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli
    Ketua Penerangan Hj Mahfuz Omar
    Pengarah Pilihanraya Dato' Hj Mustafa Ali

    Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12


    Antara Kawan Dan Kekasih

    0 comments

    Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ... hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
    Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih. Kawan pengubat kesunyian, Kekasih penyembuh kelukaan. Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu, Kekasih tempat bermadu. Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Kawan menghulurkan bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan. Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan. Kawan sekuntum senyuman, Kekasih sepenuh perhatian. Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui. Kawan sejujur kata,Kekasih setulus setia. Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan