Kisah akhirat, syurga, Shangri-La dan manusia

Di dalam syurga, ada sebuah taman. Menurut Perjanjian Lama dan Baru, taman itu dinamakan Taman Eden. Dalam bahasa Arab (bahasa al-Qur'an), hal itu mungkin juga Jannatu Adnin. Nama-nama ini semuanya ada kemungkinan.

Tapi, hakikat bahawa syurga wujud tidak boleh dinafikan lagi sebab hal itu disebut dalam al-Qur'an. Saya terfikir hal ini selepas menonton The Mummy yang mengisahkan seorang maharaja China yang dibangkitkan daripada kematiannya.

Dalam usaha memulihkan kuasa yang hilang, maharaja mencari sebuah kolam kehidupan abadi. Tak salah saya, kolam itu wujud di Shangri-La. Hal ini mengingatkan saya kepada novel bertajuk Lost Horizon yang diterbitkan pada 1933. Penulisnya, James Hilton.

Pengarangnya menuliskan hal ini apabila melawat India , China dan Tibet , iaitu kawasan-kawasan jajahan Empayar British sebelum kejatuhan empayar tersebut.

"he felt an extraordinary sense of physical and mental settlement. It was perfectly true; he just rather liked being at Shangri-La."

Oleh itu, di dalam filem The Mummy, ketika maharaja cuba memulihkan kuasa, baginda mungkin sekali pergi ke Tibet, sebuah wilayah mistik yang terletak di China. Shangri-La mungkin terletak di wilayah tersebut.

Lost Horizon adalah suatu kawasan yang hilang. Ia mungkin wujud, tapi dihilangkan dari pandangan manusia. Shangri-La mungkin terletak pada zon berkenaan. Di Tibet juga, ada sejenis makhluk 'Bigfoot' yang dipanggil Yeti oleh penduduk tempatan.

Dalam filem Mummy juga ditunjukkan Yeti ada bahasa tersendiri. Dalam pengembaraan itu, sekelompok penjelajah telah menemui Yeti di tempat berhampiran Shangri-La. Kalau Yeti ada bahasa sendiri, ertinya dia makhluk berakal. Sebabnya, bahasa adalah alat untuk akal bekerja. Ini bermaksud, Yeti atau Bigfoot di Tibet itu makhluk yang sangat berlainan daripada haiwan-haiwan biasa di dunia ini.

Tak dapat dipastikan adakah Shangri-La ini seperti satu binaan yang sama dengan Taman Eden yang disebut dalam Bible itu. Shangri-La adalah sebuah tempat yang amat ind ah. Ia dihiasi pokok-pokok, gunung-ganang dan sungai yang mengalir di lembahnya.

Perhatikan juga bahawa kerap disebutkan Tuhan mengenai syurga adnin yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, jannatu adnin tajri min tahtihal anhaar.

Manusia semuanya berasal daripada Adam
Ada riwayat menyebut nabi-nabi dan rasul-rasul berjumlah ratusan ribu. Ada juga riwayat yang menyebutkan jumlah adalah 313 saja. Secara peribadi angka 313 itu yang saya pilih. Ini kerana, angka itu menyamai jumlah tentera Badar, perang pertama dalam Islam.

Manusia semuanya berasal daripada Ada m tanpa terkecuali. Maknanya jalan kisah agama manusia-manusia akan tetap ada persamaan. Daripada 313 nabi-nabi dan rasul-rasul, kita dapat meneliti watak-watak cerita memang ada persamaan.

Nabi-nabi dan rasul-rasul yang kita wajib beriman dengannya hanya 25 oran g saja. Mana hilangnya 288 oran g rasul lagi? Mereka mungkin wujud dalam catatan kitab-kitab agama besar di dunia. Pada setiap bangsa yang sudah ternama, tentulah diletakkan nabi dan rasul untuk memimpin bangsa tersebut.

Ada pun bani-bani yang paling banyak menerima nabi- nabi ialah Bani Israel. Apabila ada ramai nabi-nabi dalam Bani Israel, jadi sudah tentu banyak kisah-kisah Bani Israel dalam al-Qur'an yang mengisahkan keengkaran mereka menerima seruan nabi-nabi itu.

Maka, persamaan yang wujud antara agama-agama ini bukanlah peniruan. Tidak bolehlah disebutkan Islam meniru ajaran Nasrani dan Yahudi cuma kerana wujudnya persamaan di antara ketiga-tiga agama tersebut. Hakikat yang berlaku ialah, ketiga-tiga agama itu telah dibawa oleh nabi-nabi yang menerima petunjuk dari sumber yang sama, iaitu Tuhan.

Apabila kita merenung dalam-dalam kisah-kisah hikayat dan riwayat bukan Islam, terasa ada persamaan. Misalnya, apakah ada haiwan-haiwan seperti Yeti, Bigfoot, Buraq yang dinaiki Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' Mikraj, burung Aba bil yang datang melemparkan batu api dari neraka sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan lain-lain.

Haiwan-haiwan dari alam-alam lain ini boleh juga kita katakan berada di alam tinggi. Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dikisahkan mengenai burung garuda yang telah dihalau keluar dari dunia ini. Mungkinkah, ia dihalau keluar ke alam lain?

Pada setiap zaman, barangkali ada makhluk-makhluk tertentu yang ditentukan oleh Allah tentang giliran mereka masuk ke dunia ini. Aba bil misalnya dibebaskan untuk memasuki ruang dunia untuk seketika sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w.

Buraq adalah haiwan yang dibebaskan ke dunia seperti kuda yang jadi tunggangan tatkala Nabi Muhammad mula-mula mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Mekah.

Pada zaman dulu, di Alam Melayu, (atau mungkin pada ketika Melayu belum lagi digelar Melayu), telah wujud nabi-nabi yang tak disebut dalam al-Qur'an di mana haiwan-haiwan seperti duyung, naga telah pun wujud dan kemudiannya terhijab daripada manusia.

Buraq ' bern asib baik' sebab kewujudannya terkait dengan Rasulullah s.a.w dan ia tidaklah boleh dikatakan sebagai dongeng. Demikian juga burung Ababil yang membawa bara api ke atas gajah Abrahah. Burung ini bukan dongeng kerana ia disebut dalam al-Qur'an.

Apakah misi Bigfoot?
Pada zaman ini, setelah berlalunya tempoh haiwan-haiwan ajaib pada zaman dulu keluar dengan bebasnya ke alam kita, maka timbul pula cerita Bigfoot dan Yeti. Soalan sekarang ini, dari belahan alam mana pula haiwan itu tiba? Jika ia datang apakah misinya?

Kita sedia maklum tujuan kedatangan pasukan burung Aba bil ialah memusnahkan tentera bergajah Abrahah. Kedatangan Buraq pula adalah bertujuan membawa Nabi Muhammad s.a.w ke langit tertinggi untuk menerima arahan mengenai solat fardhu.

Ringkasnya, segala haiwan ini dikeluarkan dan dimasukkan ke alam manusia dengan satu tujuan, tugas dan amanah tertentu. Atau, mereka dimasukkan untuk membinasakan pihak tertentu? Hikayat Merong Mahawangsa contohnya, meriwayatkan ceritera burung garuda yang mahu memisahkan perkahwinan antara Puteri Cina dan Putera Rom.

Haiwan dan tumbuhan akhir zaman
Di dalam sebuah hadis akhir zaman turut disebutkan mengenai kewujudan haiwan melata di bumi yang mana kepanjangan adalah antara Timur dan Barat. Ulama kita menafsirkan banyak tafsiran. Ia mungkin blok-blok negara komunis dan kapitalis atau apa saja.

Sebuah hadis akhir zaman turut menyebutkan bahawa Muslimin akan memerangi Yahudi ( Israel ) dan semua batu-batu akan berbicara jika ada oran g Yahudi bersembunyi belakang mereka. Kecuali pokok Gharqad, kerana pohon itu adalah pokok Yahudi.

Nam un, hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang mengetahui. Bagaimanapun, kita semua perlu bersedia berdepan segala kemungkinan itu. Tidaklah bersalah untuk kita melakukan tafsiran demi tafsiran ke atas sejumlah nas hadis dan ayat al-Qur'an. Bukankah ayat-ayat itu diturunkan supaya manusia memikirkannya dan menafsirkannya?

Sifat-sifat alam mestilah ada tumbuh-tumbuhan, haiwan. Ciri-ciri ini mestilah wujud bagi melengkapkan alam tersebut. Dalam bahasa saintifik, haiwan dan tumbuhan ini dipanggil flora dan fauna. Maka, tentu ada flora dan fauna di dalam syurga dan neraka juga.

Demikian antara hal yang selalu menjadi bahan fikiran saya secara peribadi. Apabila kita memikirkan semua ini, terasa kekerdilan diri dan yang terzahir adalah kebesaranNya.

0 comments: