Permasaalahan Bida'ah

Nak tak nak, kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan. Nak cakap mandi bunga untuk cari jodoh sebagai bida'ah tidak mengapa. Nak cakap mandi tolak bala bulan Safar sebagai bid'aah tak siapa kisah pun. Nak tuduh konsep wang hantaran dalam perkahwinan sebagai bida'ah, lagi lah ramai lelaki suka. Bida'ah yang sesat itu memang wujud. Tapi jika kamu tuduh bida'ah pada sesuatu perkara yang hukumnya tidak qat'i atau mutlak, di sinilah timbulnya masalah.

Jadi masalah besar apabila kamu kata doa qunut Subuh itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata baca yassin malam jumaat itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir beramai-ramai itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata talqin untuk si mayat itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir guna biji tasbih itu bida'ah.
Jadi masalah besar apabila kamu kata talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

Dan macam-macam lagi le kome ni punya perangai, lagi-lagi yang baru berjinak-jinak dalam manhaj yang kononnya mengikut Al-Quran dan Sunnah yang tulen lagi asli lagi ori lagi tiada cetak rompak.

Baru baca tulisan al-Protaz Hafiz Firdaus dalam buku ringkas Panduan Ibadah Musafir dalam Penerbangan, yang mengatakan tiada konsep air musta'mal dalam bab bersuci, terus kamu kata mazhab Shafi'i punya fiqh sudah buat bida'ah dalam bab taharah. Baru baca sikit artikel kontot oleh Mufti Cyber THTL tentang bab menggerakkan jari telunjuk ketika tasyaahud (iaitu tahrik) terus nak tibai yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak kerana tiada nas dan dalil. THTL sendiri pun kata yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak dan tidak mengikut sunnah (bida'ah le tu = kena humban ke neraka).

Saudaraku, selagi mana yang buat ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak, maka ketahuilah bahawa sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Kome ni hamba rasa memang ada banyak masa terluang untuk bincang isu-isu yang sudah selesai. Fahaman Wahhabi adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apa kes?

Berhati-hatilah dengan mereka yang berfahaman Wahhabi ni, lagi-lagi yang baru sahaja terkena penangannya. Yang baru kena ni, biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Biasalah..enjin masih panas. Tapi bagi yang dah lama, mereka tak akan berani sangat nak bawa isu-isu itu sebab mereka tahu hujah mereka akan dipatahkan dengan mudah apabila buku bertemu ruas.

Kalau mereka nak teruskan berkeras dalam isu-isu kecil seperti itu, tak akan ke mana perginya perjuangan tu. Wahhabism ni satu manhaj yang pada permulannya keras, tetapi menjadi kurang tegas pada hujung-hujungnya. Ini seperti mana yang Imam Muhammad Abu Zahra, iaitu bekas ulama usul di al-Azhar, menerangkan bahawa pada permulaan era Wahhabism ni, mereka hingga sampai mengharamkan minuman kopi dan yang serupanya. Tapi akhirnya, fatwa yang sangat keras ini berubah menjadi semakin lembut mengikut peredaran masa. Fatwa mereka yang lain, mengatakan bahawa penghisap rokok sebagai musyrik. Tapi ini dulu la. Sekarang tak pernah dengar pun lagi ada puak-puak ini yang bawa isu tersebut.

Biarkan puak Wahhabi ini berkeras dengan definisi bida'ah tegar mereka. Definisi bida'ah dari 4 mazhab muktabar sebenarnya bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Nak ikut yang mana? Definisi bida'ah yang sudah survive beratus-ratus tahun, yang telah disemak dan ditarjih pula oleh ribuan para ulama yang warak lagi alim, atau nak ikut definisi bida'ah puak Wahhabi yang baru setahun jagung sahaja usianya?

Jangan umat Islam di Malaysia jadi macam Arab Saudi sudahlah. Sampai pakai tali pinggang keledar ketika memandu pun dianggap bida'ah! Apa sudah jadi? Ini jumud atau tajdid?

0 comments: